burung tiung banyak bicara
bijak lagi si kakaktua
selepas kelahiran lemah tenaga
rawatan terperinci perlu diselenggara
Rawatan terperinci sejurus selepas bersalin , kini diabaikan oleh orang muda muda sekarang, rawatan pulih badan lazimnya dilakukan sejurus selepas bersalin, urutan dilakukan oleh bidan untuk merangsang keluaran darah bantal. (* darah bantal; ialah darah yang terkumpul selama sembilan bulan di dalam merian bersama uri yang dikenali sebagai bantal atau alas bayi) ini kerana bagi mengelakkan serangan sakit rengat dan serangan peringkat awal angina merian..
Jadi disini aku nak cerita skit pasal sakit rengat dan rawatannya.. Tak semua ibu bersalin diserang sakit rengat.
Kalu korang nak tahu , sakit rengat itu merupakan suatu petanda ibu diserang oleh pukulan darah angina merian.
Untuk rawatan kecemasan, perut ibu bersalin itu perlu disapu dengan minyak urut yang berkhasiat herba panas dan dilakukan tuaman dengan tungku batu.
RAWATAN MINYAK,BARUT DAN MINUMAN
- Dibahagian perut tidak perlu diurut, tetapi perlu disapu dengan ramuan sirih bagi menghilangkan sakit rengat. Ramuan sirih diperbuat daripada campuran daun sirih, jintan hitam, beras kunyit, dan lempoyang yang digiling atau dilumatkan, kemudian dimasak dengan minyak kelapa.
- ataupun masak minyak kelapa dengan daun sirih , lengkuas, halia, jintan hitam, dan halba.Sapu ramuan sirih ketika masih suam bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Kemudian, barutkan perut ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan.
" Senang hati ang yer, badan rasa segar , syiok duk duduk tengok tv... hoii , orang berpantang nie kena berbaring banyak la , mana leh duduk.. untung la sekarang ni ada aku duk buat macam macam air rebus bagi badan tu rasa segar jer"
Tu dia bebelan mak aku kat kakak... hah, kalu nak tahu kalu ibu ibu yang bersalin ni kena banyak berbaring, tak dibenarkan duduk.. sebab nnt batu merian tak naik elok, baru tau...
Petua melayu melarang ibu bersalin meminum air putih terlalu banyak pada satu satu masa. Jikalau terlalu dahaga, dibolehkan minum air suam sedikit demi sedikit dengan sukatan kira kira setengah cawan atau satu cawan. Difahamkan bahawa minum air terlalu banyak akan menyebabkan kembang urat system peranakan dan akan melambatkan pengecutan Rahim; faraj pula mudah longgar serta berair terutama jika ibu mengamalkan minum air sejuk atau air batu.
kat sini aku bagi resipi yang setiap hari mak aku buat bg kakak aku minum;
Air halia tua; minuman yang paling baik diminum dengan tujaun membuang angina, melawakan pembuangan air besar dan kecil serta membantu mempercepat pengecutan Rahim ialah rumusan air halia tua.
Halia tua direbus dengan jintan hitam, serai, halba, daun pandan, dan gula batu atau gula kabung. Minuman ini boleh diamalkan beberapa kali dalam sehari sebagai gentian air putih
No comments:
Post a Comment