assalamualaikum.. bersambung pula cerita kita kali ini secara ringkas berkisah kan pulak mengenai sumber tenaga, menguatkan darah dan memekatkan susu ibu. Kerana terdapat segenlitir ibu bersalin menderita kerana kekurangan susu badan.
Terdapat pelbagai petua lama untuk mengatasi masalah tersebut, tetapi yang telah terbukti berhasil dengan mudahnya ialah pengamalan resipi susu badan dan resipi halba. Amalan tersebut membantu mengeluarkan susu ibu yang pekat dan banyak. Buah badam yang memang terkenal dengan khasiat untuk kecergasan otak, kesegaran kulit, serta kesihatan jasmani dapat ditambah keampuhannya apabila dicampur dengan madu lebah. Halba yang tudak kurang juga hebatnya dan sering dipanggil "bijirin emas" berkhasiat untuk membersihkan darah dan apabila dicampurkan dengan madu lebah asli (yang terkenal seperti yang diceritakan dalam surah an-Nahl) dapat membantu memperbanyak susu ibu yang berkhasiat.
disini akan akan berkongsikan
Resipi Susu Badam
bahan;-
1 gelas susu segar
1 sudu the serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning atau 7 biji kurma nabi (tanpa biji)
1-2 sudu the masu lebah asli atau madu arab
1 biji telur ayam kampong (kuning sahaja)
kaedah menyediakan
- bancuh bahan sehingga sebati dan minum. Amalkan selama 2 minggu. Selepas 2 minggu minum tanpa telur
- ada juga adunan digaulkan sebati dengan hanya badam, kismis atau kurma dan madu lebah asli , seperti jem atau ditelah begitu saja.
Resipi Rendaman Halba
Minuman ini khas untuk melancarkan dan memperbanyak air susu. Ramuannya ialah segengam halba yang direndam di dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan campurkan dengan madu lebah asli.
Jika mahu, halba boleh direndam di dalam susu lembu atau susu kambing dan dicampurkan madu. Minum 1-2 cawan setiap hari.
No comments:
Post a Comment