Thursday, January 23, 2014

Menyambut kelahiran bayi (menguruskan uri)

awal bismillah sejarah perbidanan
anugerah allah rahsia kelahiran
adam hawa pasangan kemuliaan
penghuni dunia keturunan insan

Assalamualaikum....sambung dr post yg lepas.. kali nie nak cerita lu pasal saudara kembar baby..
hah, siapa saudara kembar baby tu ialah uri. .

Pada zaman sekarang ni, selepas uri dikeluarkan ,kebanyakkan ibubapa membiarkan pihak hospital menguruskannya. Mengikut kefahaman melayu, uri ialah saudara kembar baby atau teman bayi di dalam kandungan, yang mana perlu diberi perhatian sewajarnya . jika tidak , ketenteraman bayi dipercayai akan terganggu semasa dalam pantang dan juga mempengaruhi tingkah lakunya apabila menumpuh alam dewasa. Ini kerana uri mempunyai kaitan darah dengan baby sejak dari alam kandungan.
Upacara menanam uri secara tradisional dilakukan mengikut adat keturunan masing2. Ia diuruskan oleh bidan atau orang yang mengerti tentang adat istiadat mencuci dan menanam uri.

ok, perkara asas yang perlu korang tahu cara untuk menguruskan uri ni adalah seperti berikut;

  • Uri dibasuh di dalam kain putih dan diperah darahnya sehingga betul-betul bersih dan dimasukkan garam , asam jawa, dan paku, kemudian diikat untuk ditanam.
  • Ada juga yang memasukkan asam dan garam, satu hingga tujuh batang paku, beras kunyit, dan jika uri bayi perempuan, dimasukkan sekeping perca kain (sebagai syarat sahaja) , sebatang jarum serta benang. Sekiranya uri bayi lelaki, dimasukkan buku atau kertas serta pensel, diikat bersama uri dan dimasukkan di dalam periuk Tanah bersaiz kecil untuk ditanam.
Cara menanam uri juga diamalkan mengikut adat keturunan masing-masing. Ada yang menanam seperti biasa dan ada pula yang mengikut adat dengan memilih orang yang berakhlak mulia untuk menguruskannya kerana difahamkan akan berjangkit kepada bayi resmi orang tersebut. Contohnya, jikalau seseorang itu pelawak atau namyak mulut atau pembohong, sifat itu akan menjangkiti bayi pemilik uri berkenaan pada kemudian hari.

  • Pilih tempat untuk menanam uri itu sebaik baiknya adalah sama ada di tempat yang tinggi ataupun dibawah pohon rimbun.Dipercayai tempat tersebut melambangkan perkembangan bayi pada kemudian hari. 
  • uri bayi perempuan ditanam di halaman hadapan rumah supaya cepat bertemu jodoh, manakala jika ditanam dibahagian belakang rumah pula dipercayai akan lambat mendapat jodoh tetapi gemar menguruskan rumah tangga.
  • Uri bayi lelaki baik ditanam dihalam, di antara ruangan hadapan dan ruangan dapur rumah, yang mana melambangkan resmi kehidupan selesa, lebih suka bersenang dirumah daripada merayau diluar. Mengikut petua melayu, uri dilarang ditanam ditepi jalan kerana dipercayai akibatnya anak itu tidak suka duduk dirumah dan mungkin mendapat kecelakaan di jalan raya.

Masyarakat melayu tradisional sangat mempecayai bahawa jika uri itu tidak dibersihkan dengan sempurna, kesihatan bayi semasa dalam pantang akan terganggu.Bayi mudah kembung perut, suka menangis sehingga mendapat sawan tangis dan mudah mengigau malam, kononnya diganggu oleh saudara urinya. Jika uri disempurnakan, insya-allah , bayi itu akan disatangi saudara urinya yang membuatnya selalu ketawa dan tersenyum dalam tidur.











No comments:

Post a Comment