Tuesday, January 28, 2014

Minum Tenaga untuk Ibu Bersalin

assalamualaikum.. bersambung pula cerita kita kali ini secara ringkas  berkisah kan pulak mengenai sumber tenaga, menguatkan darah dan memekatkan susu ibu. Kerana terdapat segenlitir ibu bersalin menderita kerana kekurangan susu badan.

Terdapat pelbagai petua lama untuk mengatasi masalah tersebut, tetapi yang telah terbukti berhasil dengan mudahnya ialah pengamalan resipi susu badan dan resipi halba. Amalan tersebut membantu mengeluarkan susu ibu yang pekat dan banyak. Buah badam yang memang terkenal dengan khasiat untuk kecergasan otak, kesegaran kulit, serta kesihatan jasmani dapat ditambah keampuhannya apabila dicampur dengan madu lebah. Halba yang tudak kurang juga hebatnya dan sering dipanggil "bijirin emas" berkhasiat untuk membersihkan darah dan apabila dicampurkan dengan madu lebah asli (yang terkenal seperti yang diceritakan dalam surah an-Nahl) dapat membantu memperbanyak susu ibu yang berkhasiat.

disini akan akan berkongsikan

Resipi Susu Badam

bahan;-

1 gelas susu segar
1 sudu the serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning atau 7 biji kurma nabi (tanpa biji)
1-2 sudu the masu lebah asli atau madu arab
1 biji telur ayam kampong (kuning sahaja)

kaedah menyediakan

  • bancuh bahan sehingga sebati dan minum. Amalkan selama 2 minggu. Selepas 2 minggu minum tanpa telur
  • ada juga adunan digaulkan sebati dengan hanya badam, kismis atau kurma dan madu lebah asli , seperti jem atau ditelah begitu saja.

Resipi Rendaman Halba

Minuman ini khas untuk melancarkan dan memperbanyak air susu. Ramuannya ialah segengam halba yang direndam di dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan campurkan dengan madu lebah asli.
Jika mahu, halba boleh direndam di dalam susu lembu atau susu kambing dan dicampurkan madu. Minum 1-2 cawan setiap hari.

Monday, January 27, 2014

Rawatan selepas bersalin

burung tiung banyak bicara
bijak lagi si kakaktua
selepas kelahiran lemah tenaga
rawatan terperinci perlu diselenggara

Rawatan terperinci sejurus selepas bersalin , kini  diabaikan oleh orang muda muda sekarang, rawatan pulih badan lazimnya dilakukan sejurus selepas bersalin, urutan dilakukan oleh bidan untuk merangsang keluaran darah bantal. (* darah bantal; ialah darah yang terkumpul selama sembilan bulan di dalam merian bersama uri yang dikenali sebagai bantal atau alas bayi)  ini kerana bagi mengelakkan serangan sakit rengat dan serangan peringkat awal angina merian..

Jadi disini aku nak cerita skit pasal sakit rengat dan rawatannya.. Tak semua ibu bersalin diserang sakit rengat.
Kalu korang nak tahu , sakit rengat itu merupakan suatu petanda ibu diserang oleh pukulan darah angina merian.

Untuk rawatan kecemasan, perut ibu bersalin itu perlu disapu dengan minyak urut yang berkhasiat herba panas dan dilakukan tuaman dengan tungku batu.


RAWATAN MINYAK,BARUT DAN MINUMAN

  • Dibahagian perut tidak perlu diurut, tetapi perlu disapu dengan ramuan sirih bagi menghilangkan sakit rengat. Ramuan sirih diperbuat daripada campuran daun sirih, jintan hitam, beras kunyit, dan lempoyang yang digiling atau dilumatkan, kemudian dimasak dengan minyak kelapa.
  • ataupun masak minyak kelapa dengan daun sirih , lengkuas, halia, jintan hitam, dan halba.Sapu ramuan sirih ketika masih suam bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Kemudian, barutkan perut ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan.



" Senang hati ang yer, badan rasa segar , syiok duk duduk tengok tv... hoii , orang berpantang nie kena berbaring banyak la , mana leh duduk.. untung la sekarang ni ada aku duk buat macam macam air rebus bagi badan tu rasa segar jer" 

Tu dia bebelan mak aku kat kakak... hah, kalu nak tahu kalu ibu ibu yang bersalin ni kena banyak berbaring, tak dibenarkan duduk.. sebab nnt batu merian tak naik elok, baru tau...

Petua melayu melarang ibu bersalin meminum air putih terlalu banyak pada satu satu masa. Jikalau terlalu dahaga, dibolehkan minum air suam sedikit demi sedikit dengan sukatan kira kira setengah cawan atau satu cawan. Difahamkan bahawa minum air terlalu banyak akan menyebabkan kembang urat system peranakan dan akan melambatkan pengecutan Rahim; faraj pula mudah longgar serta berair terutama jika ibu mengamalkan minum air sejuk atau air batu.

kat sini aku bagi resipi yang setiap hari mak aku buat bg kakak aku minum;

Air halia tua; minuman yang paling baik diminum dengan tujaun membuang angina, melawakan pembuangan air besar dan kecil serta membantu mempercepat pengecutan Rahim ialah rumusan air halia tua.

Halia tua direbus dengan jintan hitam, serai, halba, daun pandan, dan gula batu atau gula kabung. Minuman ini boleh diamalkan beberapa kali dalam sehari sebagai gentian air putih





proses kelahiran

perjanjian roh dengan tuhan-nya
bayi bergelut lautan gelora
detik kelahiran bernafas dunia
menempuh laluan sulit ibunda.

assalamualaikum.. disini saya ingin bercerita ringkas pasal hal semasa kelahiran ;

  • Ketika telah hampir saat hendak melahirkan, sangat disyorkan agar bakal ibubapa membaca selawat serta surah al-Anbiya'sambil mengurut secara menurun pada bahagian perut ibu dengan perlahan lahan dan lembut .
  • Semasa hendak meneran, ibu dinasihatkan oleh bidan supaya menekankan punggung kebawah serta menurunkan kepala kedada (dagu menyentuh dada) dan mata hendaklah dipejam. Cara dan posisi ini mempermudah serta mempercepat keluarnya bayi, sekali gus dapat mengelakkan luka pada pintu faraj.  ( * sila ingat langkah langkah ini dan dipraktiskan disaat hendak bersalin )         
  • Sekiranya punggung diangkat semasa meneran, pintu faraj mudah terkoyak apabila bayi keluar ;  manakala jika muka didongak sambil membuka mata, posisi tersebut akan membahayakan urat saraf ibu.

Thursday, January 23, 2014

Menyambut kelahiran bayi (menguruskan uri)

awal bismillah sejarah perbidanan
anugerah allah rahsia kelahiran
adam hawa pasangan kemuliaan
penghuni dunia keturunan insan

Assalamualaikum....sambung dr post yg lepas.. kali nie nak cerita lu pasal saudara kembar baby..
hah, siapa saudara kembar baby tu ialah uri. .

Pada zaman sekarang ni, selepas uri dikeluarkan ,kebanyakkan ibubapa membiarkan pihak hospital menguruskannya. Mengikut kefahaman melayu, uri ialah saudara kembar baby atau teman bayi di dalam kandungan, yang mana perlu diberi perhatian sewajarnya . jika tidak , ketenteraman bayi dipercayai akan terganggu semasa dalam pantang dan juga mempengaruhi tingkah lakunya apabila menumpuh alam dewasa. Ini kerana uri mempunyai kaitan darah dengan baby sejak dari alam kandungan.
Upacara menanam uri secara tradisional dilakukan mengikut adat keturunan masing2. Ia diuruskan oleh bidan atau orang yang mengerti tentang adat istiadat mencuci dan menanam uri.

ok, perkara asas yang perlu korang tahu cara untuk menguruskan uri ni adalah seperti berikut;

  • Uri dibasuh di dalam kain putih dan diperah darahnya sehingga betul-betul bersih dan dimasukkan garam , asam jawa, dan paku, kemudian diikat untuk ditanam.
  • Ada juga yang memasukkan asam dan garam, satu hingga tujuh batang paku, beras kunyit, dan jika uri bayi perempuan, dimasukkan sekeping perca kain (sebagai syarat sahaja) , sebatang jarum serta benang. Sekiranya uri bayi lelaki, dimasukkan buku atau kertas serta pensel, diikat bersama uri dan dimasukkan di dalam periuk Tanah bersaiz kecil untuk ditanam.
Cara menanam uri juga diamalkan mengikut adat keturunan masing-masing. Ada yang menanam seperti biasa dan ada pula yang mengikut adat dengan memilih orang yang berakhlak mulia untuk menguruskannya kerana difahamkan akan berjangkit kepada bayi resmi orang tersebut. Contohnya, jikalau seseorang itu pelawak atau namyak mulut atau pembohong, sifat itu akan menjangkiti bayi pemilik uri berkenaan pada kemudian hari.

  • Pilih tempat untuk menanam uri itu sebaik baiknya adalah sama ada di tempat yang tinggi ataupun dibawah pohon rimbun.Dipercayai tempat tersebut melambangkan perkembangan bayi pada kemudian hari. 
  • uri bayi perempuan ditanam di halaman hadapan rumah supaya cepat bertemu jodoh, manakala jika ditanam dibahagian belakang rumah pula dipercayai akan lambat mendapat jodoh tetapi gemar menguruskan rumah tangga.
  • Uri bayi lelaki baik ditanam dihalam, di antara ruangan hadapan dan ruangan dapur rumah, yang mana melambangkan resmi kehidupan selesa, lebih suka bersenang dirumah daripada merayau diluar. Mengikut petua melayu, uri dilarang ditanam ditepi jalan kerana dipercayai akibatnya anak itu tidak suka duduk dirumah dan mungkin mendapat kecelakaan di jalan raya.

Masyarakat melayu tradisional sangat mempecayai bahawa jika uri itu tidak dibersihkan dengan sempurna, kesihatan bayi semasa dalam pantang akan terganggu.Bayi mudah kembung perut, suka menangis sehingga mendapat sawan tangis dan mudah mengigau malam, kononnya diganggu oleh saudara urinya. Jika uri disempurnakan, insya-allah , bayi itu akan disatangi saudara urinya yang membuatnya selalu ketawa dan tersenyum dalam tidur.











Wednesday, January 22, 2014

sebuah perbendaharaan ilmu mengenai penjagaan ibu bersalin

tegap padat petua lama,
balik gadis impian perempuan,
bukan mudah ilmu petua,
jika amalan tidak dituntutkan.
 
pantang larang moyang pesankan,
adat resam amalkan saja,
telah terbukti telah nyata,
abaikan segala punah akhirnya.



Assalamualaikum.... lama tak menulis blog, tetiba malam ni nak menaip .. kali ni , nak cerita pasal ilmu perbidanan. maklum la sekarang ni tak ramai tahu dan ikut pantang larang serta  petua untuk jaga tubuh badan selepas bersalin... sekarang tak merasa , tapi panjang umur , nanti baru tau..

Kat sini aku kongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku tahu , ilmu2 ni aku ambil tulis kat sini berdasarkan cara penjagaan mak aku terhadap kakak kakak aku yg bersalin nie.... dulu tok nek aku bidan , so banyak la perkara yang mak aku tahu .. tengok mak aku , dah umur 5 series pun duk awet muda dan tubuh badan yang menawan, kalah aku...

Sambil2 itu juga , aku selit2 kan ilmu yang aku perolehi dari buku ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU  oleh ANISAH BARAKBAH... haaaah buku ni bagus sangat buat orang yang zero habis pasal ilmu perubatan dan penjagaan kesihatan, terutama ketika proses kehamilan dan penjagaan ibu bersalin.
Cuba dapatkan di mana mana kedai buku dan dr NR.. pengasas NR (dikenali dulu sebagai nona roguy)


Jadi sekarang, ramai gak  yang Tanya aku , kalu bersalin nanti nak pakai ubat apa.. selalu aku jawad NR ... memang budget tu nak kena lebih skit , tapi hasil memuaskan hati.. sebab kebanyakkan yang ambik produk lain .. alih alih datang cari NR ni gak , bila kena 2 minggu tak buang air besar... dah abis pantang pun leh sambung makan gak , bagus untuk memeliharaan kesihatan dalaman tu .. penting tu...

Apa yang penting yang perlu korang sediakan sebagai persiapan untuk berpantang.
jadi, di dalam set asas NR nie diperlukan ada :

1. phyto natal
2. teh herbanika
3. uncang cuci
4. minyak mustajad herbanika
5. krim barut

serta perkara lain nak kena ada:

6. bengkung
7. tungku besi.

hah, itu untuk si ibu , untuk si anak plak :

1. bengkung baby
2. tungku baby
3. minyak mustajad (NR)
4. bedak sejuk

( * mesti korang pelik , kenapa aku beria ria promote NR, mestila sbb aku jual NR .. lagipun NR nie dah lama ada dan jamu nie hasil 100% orang melayu.. walaupun tak se popular dulu tapi masih bertahan lg dengan hasil jamu yang sangat efektif... ok , selain dari NR nie , korang leh cuba produk set bersalin ANUGERAH , pun ok.)


OK, jom kita cerita pasal dah bersalin , balik umah .. berpantang selama 44 hari...

KENAPA KENA BERPANTANG 44 HARI ??
  • tempoh ini dianggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental. pada ketika ini juga Rahim mulai mengucup, mencerut dan mengecil seperti keadaaan sediakala. Proses ini digelar involusi .
  • selepas 42 hari, Rahim telah mengecut dan pulang ke "sarang", iaitu balik ke rumahnya di bahagian pelvis atau di sudut ari-ari di atas tundun , tetapi mulut Rahim atau pintu servik masih mentah, bengkak dan tersembul. Disamping itu , urat peranak di bahagian faraj masih sengal dan ngilu. Angin darah kotor atau angina merian masih berlegar legar di salur darah di dalam Rahim dan jika berjimak pada masa ini boleh menyebabkan angina merian berputar di seluruh sendi anggota.Kesan sampingannya akan dikesali oleh wanita itu sendiri, iaitu mudah alah pada persekitaran dan pemakanan, mudah uzur dan tertekan.
  • setelah genap 44 hari , dirumahnya , Rahim sudah pun pulih dan mulutnya kembali normal.
  • pada hari ke-45 , kewanitaan ibu bersalin pulang pulih seperti sediakala, bahkan lebih kemas daripada anak dara. 

 nak kemas macam anak dara , kena ikut ketat pantang larang dan petua ..
nak tahu??? tunggu...


*bersambung..................