Thursday, October 15, 2009

open house , sorang pun tak datang

10 / 10/ 09 buat la rumah terbuka.. setiap tahun aku selalu buat rekod.. takder sorang pun member yang aku ajak dtg.. bagus.
tahun depan taknak ajak dah, bazir kreadit jer mesej ajak dtg umah..pahtu jangan duk tanya dah bila nak buat open house'.. bluuueeeekkk. malas layan ..
nak letak gambar pun takder makna semua kwn mak ayah kakak aku jer yang datang serta saudara mara aku

Tuesday, October 6, 2009

agak la jugak....

agak lama la jugak kot tak tulis blog..huh.. bz bz bz.. hahahaha.. (mesti ada yg menyampah dengar, bz sgt ker???)

tapi skrang nie yg boleh tulis blog nie pun coz dah kurang bz ..hehehe dan agak buhsan.. kalu nak citer kan benda yang berulang jer kehidupan seharian aku nie.. tak kuar jalan , g keje , kalu tak g jejalan, pahtu jalan jalan makan angin, makan tido, kuar jalan..dan agak takder duit g keje part time..huh.. teruk..hahahahaha..

tapikan td aku g pasang kipas siling kat rumah baru aku..gayat siot, tapi kena buat teror gak(mmg teror kalu dah pasang dekat 3 biji kipas).. lenguh tak ingat, ada yg 1st tu sikit lagi nak jatuh tangga. laju kejap jantung aku berdengup ..fuhh. aku ni hah dah macam jantan, semua keje tukang aku kena buat ..maklum laa abg aku takder.. harap kat aku jer la nak lasak2, ganas2..
(ni gara gara bell la , minggu nie keje syif siang, kalu tak dia yang bAlign Centerley tolong pasang)


selain dari makan tido dan kuar bersuka ria. Babak yang sedih skit, mak aku skrang nie agak teruk kesihatannya, dah aku juga sebenarnya banyak duk teman dia , bw g hospital, lepak kat hospital dan tgk dia kat hospital. bayangkan semalam aku lepak kat hospital kat bahagian kecemasan dari kul 12 pm sampai 12 am.. mak aku nak mengamuk nak balik..yerlah diorg tu kekadang loqlaq buat keje..ambik darah pahtu buat loklek2 , dah la darah mak aku tu cepat beku, nak kena tggu result darah kuar mau 3 jam, pahtu tnggu doktor dtg plak berjam jam.. buhsan kot semalam aku dgn mak aku, satu keje takleh nak buat dah kena lepak kat hospital tu plak..kalu nak citer mmg panjang jela..belum yang kisah yang sebelumnyer lagi. huh..

tapi yang pasti aku tak suka mak aku mengarut, kot kalu dia mati harini . halalkan dia pinjam duit aku , macam tu macam nie.. aku tak suka laa... mak bley tak jangan duk cakap camtu!!

ermm ntah la..aku dalam sembunyi2 (aku tak suka tunjuk baik aku) aku selalu berdoa agar mak aku panjang umur.. kerana aku takut aku akan mati kesedihan kehilangan dia... ;(




iloveu