tegap padat petua lama,
balik gadis impian perempuan,
bukan mudah ilmu petua,
jika amalan tidak dituntutkan.
pantang larang moyang pesankan,
adat resam amalkan saja,
telah terbukti telah nyata,
abaikan segala punah akhirnya.
Assalamualaikum.... lama tak menulis blog, tetiba malam ni nak menaip .. kali ni , nak cerita pasal ilmu perbidanan. maklum la sekarang ni tak ramai tahu dan ikut pantang larang serta petua untuk jaga tubuh badan selepas bersalin... sekarang tak merasa , tapi panjang umur , nanti baru tau..
Kat sini aku kongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku tahu , ilmu2 ni aku ambil tulis kat sini berdasarkan cara penjagaan mak aku terhadap kakak kakak aku yg bersalin nie.... dulu tok nek aku bidan , so banyak la perkara yang mak aku tahu .. tengok mak aku , dah umur 5 series pun duk awet muda dan tubuh badan yang menawan, kalah aku...
Sambil2 itu juga , aku selit2 kan ilmu yang aku perolehi dari buku
ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU oleh
ANISAH BARAKBAH... haaaah buku ni bagus sangat buat orang yang zero habis pasal ilmu perubatan dan penjagaan kesihatan, terutama ketika proses kehamilan dan penjagaan ibu bersalin.
Cuba dapatkan di mana mana kedai buku dan dr NR.. pengasas NR (dikenali dulu sebagai nona roguy)
Jadi sekarang, ramai gak yang Tanya aku , kalu bersalin nanti nak pakai ubat apa.. selalu aku jawad NR ... memang budget tu nak kena lebih skit , tapi hasil memuaskan hati.. sebab kebanyakkan yang ambik produk lain .. alih alih datang cari NR ni gak , bila kena 2 minggu tak buang air besar... dah abis pantang pun leh sambung makan gak , bagus untuk memeliharaan kesihatan dalaman tu .. penting tu...
Apa yang penting yang perlu korang sediakan sebagai persiapan untuk berpantang.
jadi, di dalam set asas NR nie diperlukan ada :
1. phyto natal
2. teh herbanika
3. uncang cuci
4. minyak mustajad herbanika
5. krim barut
serta perkara lain nak kena ada:
6. bengkung
7. tungku besi.
hah, itu untuk si ibu , untuk si anak plak :
1. bengkung baby
2. tungku baby
3. minyak mustajad (NR)
4. bedak sejuk
( * mesti korang pelik , kenapa aku beria ria promote NR, mestila sbb aku jual NR .. lagipun NR nie dah lama ada dan jamu nie hasil 100% orang melayu.. walaupun tak se popular dulu tapi masih bertahan lg dengan hasil jamu yang sangat efektif... ok , selain dari NR nie , korang leh cuba produk set bersalin ANUGERAH , pun ok.)
OK, jom kita cerita pasal dah bersalin , balik umah .. berpantang selama 44 hari...
KENAPA KENA BERPANTANG 44 HARI ??
- tempoh ini dianggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental. pada ketika ini juga Rahim mulai mengucup, mencerut dan mengecil seperti keadaaan sediakala. Proses ini digelar involusi .
- selepas 42 hari, Rahim telah mengecut dan pulang ke "sarang", iaitu balik ke rumahnya di bahagian pelvis atau di sudut ari-ari di atas tundun , tetapi mulut Rahim atau pintu servik masih mentah, bengkak dan tersembul. Disamping itu , urat peranak di bahagian faraj masih sengal dan ngilu. Angin darah kotor atau angina merian masih berlegar legar di salur darah di dalam Rahim dan jika berjimak pada masa ini boleh menyebabkan angina merian berputar di seluruh sendi anggota.Kesan sampingannya akan dikesali oleh wanita itu sendiri, iaitu mudah alah pada persekitaran dan pemakanan, mudah uzur dan tertekan.
- setelah genap 44 hari , dirumahnya , Rahim sudah pun pulih dan mulutnya kembali normal.
- pada hari ke-45 , kewanitaan ibu bersalin pulang pulih seperti sediakala, bahkan lebih kemas daripada anak dara.
nak kemas macam anak dara , kena ikut ketat pantang larang dan petua ..
nak tahu??? tunggu...
*bersambung..................